ari ni aku nak share sket pasal penyakit tiroid...aku baru dapat taw kawan aku ada penyakit ni..dia risau sangat dan aku xtaw macam mana nak tenangkan dia..aku hanya boleh cakap 'sabar' je...so, aku search la kat google pasal penyakit tiroid ni...
PENYAKIT berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu. Malangnya, bagi kebanyakan orang yang belum dikenal pasti jenis masalah tiroid mereka juga tidak sedar ia berkait rapat dengan masalah berat badan mereka. Ini kerana pesakit tiroid sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten. Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser!
-bagi kes kawan aku tu, aku tak rasa ada kaitan dgn masalah berat badan sbb dia kurus jek..
Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah; >> Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum. >> Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal. >> Nodus limfa bengkak terutama di leher. >> Sukar menelan atau bernafas >> Sakit pada tekak atau leher. Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain. -kawan aku mmg ada simptom2 kat atas ni..aku harap kawan aku akan cepat sembuh..insyaALLA.. p/s : info2 ni korang bley search kat link ni..dan jugak kat info kesihatan..korang doakan dia supaya cepat sembuh k..
0 commento:
Post a Comment