Wednesday, January 26, 2011

pengalaman pertama

salam semua...

ada sesape join career fair kat usm tak?semalam ngan hari ni ada career fair..so, aku tak nak la ketinggalan zaman..aku pun p la tengok2 booth yg ada dan mana2 yg sesuai untuk course aku tapi tak banyak sangat la utk civil..ada gamuda, mmc, sunway group, syabas dll...mmg tak banyak la..aku pusing2 p kat tempat yg sama jugakk...

memang semalam aku just survey je la..tak drop resume pun, bajet nak edit2 sket ikut company requirement kan..tapi aku tak edit pun sbb busy duk wat fyp...semalam jugakk aku mmg interested nak join interview ngan gamuda tp memandangkan aku tak prepare sangat aku bercadang nk p esoknyaa...aku mmg nak sangat p interview..aku nak rasa sendiri macam mana rasa interview tu...masin ke tawar ke pahit ke pedih ke..just for fun...last aku interview dulu pun, masa nak apply masuk U...yang tu tak aci la..aku tak bercadang pun nak keje kat gamuda tu just nak rasa interview jek.. tapi yg hampehnya, aku tak prepare pape pun...kan aku duk busy pasal fyp...busyyy la sangat kann..eh, mmg busy pun, aku tertido time tgh2 buat fyp...sadis kann..

bangun2 pagi pun sempat lagi aku buat fyp...pastu aku baru teringat yg aku tak prepare pun utk interview...aku mmg xde mood nak interview..takutt pun ada..aku gtaw aida aku tak rasa nak p interview tu..tapi aida suh try gakk..form utk gamuda pun aku isi before p daftar..kesiann aida kena tunggu aku dan turn kami agak lambat jugakk la sbb aku..huhu

akhirnya, aku berjaya gak menempuhi interview yg agak kelakar tu...aku mmg cuak la sbb aku tak prepare pape, otak aku mmg kosong time tu..dah la lama gle aku tak cakap omputeh ni...keras dah lidah aku ni..jom2 lembutkan lidah anda..a e i o u...

first2 aku masuk interview, soalan pertama yg interviewer tu tnye, "have u sent ur resume before this, u look soo familiar"...
aku lak, "eh, nope, this is my first time"..maybe u've seen me in my blog..i'm quite good in writing nonsense things...haha

interviewer tu saje je cakap macam tu, tak nak kasi aku gelabah sangat kot..

tapi interviewer tu mmg bes la, macam cakap ngan kawan lak..haha..aku memang tak expect pape pun dari career fair ni...aku sedar tahap aku kat mane...saje2 nak jual resume yg tak seberapa dan nak uji sejauh mana soft skills aku..tqq utk aida sbb ajak aku p interview ni...

apa yg aku dapat dari interview tadi:
-aku kena praktis speaking omputeh lebih lagi..ada sape2 nak jadi tutor aku secara percuma tak..hehe
-yakin sahaja tak cukup okesss...anda perlu berilmu...
-aku kena belajar lagi macam mana nak tackle interviewer tu..macam mana nak bagi dia berminat ngan kita..kenyit2 mata tak cukup okesss...
-eye contact tu penting..aku tadi pun ada la terpandang tempat laen gak sbb lama sangat pk nak cakap macam mana ea...sila baca lebih okess..
-banyak sangat aku nak cakap tapi x terkeluar sbb susah nak cakap omputeh dan idea dalam otak aku ni berebut-rebut nak keluar sampai jammed jap..mmg kena baca lebihh la..
-sblm interview tu, mmg kena prepare la..ko bajet ko bijak sangat ke..
-jgn gunakan singkatan masa interview tu..ko bajet interviewer tu boleh baca fikiran ko ke...

ni je kott..aku pun tak ingat dah..tapi interviewer tadi mmg baek la..kte boleh jadi kawan kott..tapi dalam mimpi je la...aku mmg sgt tak berpuas hati dgn soft skills aku hari ni sbb macam hampass kelapa je...masa darjah 6 dulu lagi baek kott..haish..konklusinya, kalo nak interview mmg kena lancar la speaking omputeh ni..lagi sekali tengs untuk aida sbb ajak aku p interview ni...aku pun sayang ko lebihh..:)

fakta hari ni: muka aku ni mmg muka kebanyakan sebab mana2 aku p mesti ada je orang nak kaitkan aku ngan sape2...
contoh 1: mula2 aku masuk usm ni, kakak bilik aku cakap muka aku ni sama ngan member dia kat matrik dulu...sesi ramah mesra yg menarik kann..
contoh 2: masa aku first2 Latihan Industri, orang kat ofis tu cakap muka aku sama ngan muka someone ni..tapi aku tak sempat pun jumpa kembar aku sbb aku pindah ofis laen...
mmg banyak la aku pnh dgr...kembar kita kan ada tujuh..tapi aku SEDIH la sebab dalam ramai2 ni xde lak plak orang yg cakap aku macam siti la..majuk la camni...masa awal2 dulu je femli aku ada jugak cakap muka aku sama macam dato' siti...sekarang dato' siti da cantik... :P


Saturday, January 22, 2011

DUGAAN tu sebagai ujian

salam semua...

semalam laptop aku xboleh nak on...
cuak gle time tu..
dlm otak aku duk pk pasal FYP je...
da la aku nak kena jumpe sv aku next week...

macam mana kalo aku nak kena format laptop ni...
dan document2 dlm laptop ni xboleh nak save...
macam mana aku nak siapkan FYP aku..
takkan nak extend kot...

dugaan2...
malam tadi gak masa aku tengah syokkk layan drama korea lagi, kawan aku datang bilik...
time ni laptop aku sehat walafiat lagi..
dia datang cite, mesin yg die tgh guna utk FYP meletop...
aku mmg terkejut gak la...
mengikut cerita kawan aku ni, temperature yg dia guna time tu rendah je dlm 200 lebih je, before ni lagi tinggi dlm 400 darjah celcius...
benda memang da nak jadi kann...
dia agak tension gak la sbb time tu dekan turun p tgk...
dah la supervisor dia xde cni skang...
aku macam biasa la bertindak sbg kaunselor, nasihat kan ape yg patut...

lepas kawan aku tu balik bilik dia, aku sambung tgk cte tu...
pastu p jalan2 blog orang, pastu ngantuk dan nak off laptop...
tapi xboleh dan aku tiba2 teringat nak donlod manual arcview..
nak bukak sotware tu pun xdapat...
dan aku tanpa ragu2, teros keluarkan bateri...
pastu laptop aku tak boleh nak on da..
sedih..
salah aku jugakk kan..
macam2 aku pk..
FYP aku x wat backup pun...
menanges meraung gak la pk pasal FYP tu...

pagi2 lagi aku siap2 nk p atr kedai...
siap kol kakak aku lagi tu...
dengar la ceramah dia jap...
aku mmg xde mood la pagi tu, pk pasal FYP je..
p atr kedai tu, pakcik tu tgk2, eh da boleh on da...
seciput je masalah aku..punya la aku sedih sampai xleh nak tido...
masalah setting utk bateri ap ntah..
pastu pakcik tu siap ajar lagi nak wat cmne kalo jadi cmtu lagi..
tak payah la susah2 atr kedai..
mula2, power on,
pastu tekan F2..
pastu p kat main-pilih SATA mode-pilih IDE Mode
pastu exit-pilih exit saving and changes..

manalah aku taw benda alah ni sume...
okayy aku happy skrg..hehe
boleh la aku teruskan FYP aku..

aku kena extract data2 kat peta mskkan kat excel..
pastu kena lukis kat arcview lak..
ni baru sediakan data..
tak run modelling lagi...
ohh pengsan jap...

Thursday, January 20, 2011

tertekan

nak pinjam bahu boleh tak..
nak nanges jap..sob3
xtahu buat FYP!!!!
sedih..sob3
abis godek dah arcview ni...
da buntu da...
ada sesape boleh tolong???

aritu sv da ajarkan...
tapi lupa suda...
slh aku gak xbuat terus..sob3

arghhhhhhh...
kenape aku suka nanges...
mesti time mak aku mengandungkan aku, mak aku emo kan..
tu la sbb aku selalu je emo..haha
eh, tp skang aku dah boleh kawal dah tahap keemosiaan aku..


p/s :sedih.sedih dan sedih...T_T

Wednesday, January 19, 2011

BICARA CINTA


YA ALLAH jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku pada seseorang

Yang melabuhkan cintanya

Padamu, agar bertambah

Kekuatanku untuk menyintaimu.

YA MUHAIMIN jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut

Padamu agar tidak terjatuh aku

Dalam jurang cinta nafsu…

YA RABBANA jika aku jatuh

Hati, jagalah hatiku

Padanya agar tidak

Berpaling daripada

Hatimu…

YA RABBUL IZZATI jika aku

Rindu, rindukanlah aku

Pada seseorang yang

Merindui syahid di

Jalanmu…

YA ALLAH jika aku menikmati

Cinta kekasihmu, janganlah

Kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya

Bermunajat di sepertiga malam

Terakhirmu…

YA ALLAH jika aku jatuh hati

Pada kekasihmu, jangan biarkan

Aku tertatih dan terjatuh dalam

Perjalanan panjang menyeru

Manusia kepadamu…

YA ALLAH jika kau halalkan aku

Merindui kekasihmu, jangan biarkan

Aku melampaui batas sehingga

Melupakan aku pada cinta hakiki dan

Rindu abadi hanya kepadamu.

Amin…


p/s : kadang2 aku pelik macam mana rasa cinta tu boleh wujud...aku tertanya-tanya bes sangat ke bercinta?..dan aku masih kompius mana lagi bes antara bercinta lepas kawen atau sebelum kawen...dan kadang2 aku jeles tgk kawan yg duk syokkk bercinta tu...dan aku lagi keliru bila pasangan yg sdg bercinta clash, senang2 je dorang dapat yg laen...mungkin aku yg nampak pelik kat sini sbb mempersoalkan soalan yg tak masuk akal...haha...ada seseorang tanya aku samada aku pernah bercinta atau tak...dan aku pula dgn innocent nya menjawab "tak"...dan dia dgn muka agak pelik terkejut dgn jawapan aku...walaupun benda ni dah lama, aku masih lagi berfikir adakah bercinta tu "wajib"...okayy aku mmg ketinggalan zaman..hoho

muslim by nature




Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

babbling~setiap hari adalah SURVIVAL.masih mencari sinar hakiki dalam kesibukan dunia yang tiada hentinya."berikan komitmen kepada dakwah,itu tugas yang kita warisi daripada rasulullah~saifulislam.com.sangat menyentuh perasaan membaca artikel beliau.sungguh syahdu.aku semakin insaf.back to basic~tujuan aku dilahirkan ke dunia?setiap proses PNP pasti ada learning outcomes.DAN AKU KEMBALI BERTANYA KEPADA DIRI, KENAPA AKU DIHIDUPKAN???


-zaimah,15 April 2010-




Tuesday, January 18, 2011

secret garden



salam semua...

ehhh, nak tanye..korang minat drama korea tak???
da tengok secret garden???
bess ooo cite ni...
mmg terbaik dr ladang la..hehe

sinopsis cte ni..

The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies.

kalo x paham, translate sndri ea..gune google translate pon bole..hehe
ni ak copy kat sini..
hehe..

aku suke time part dorang gaduh2 tu...
sweet je tgk..


ni hero dia-Hyun Bin

Name: Hyun Bin (also: Hyeon Bin) literally means "Bright Light"
* Real name: Kim Tae Pyung
* Date of birth: September 25, 1982
* Birthplace: Seoul, South Korea
* Height: 184 cm (6')
* Weight: 74 kg (163 pounds)
* Blood type: B
* Sibling: One older brother
* School: Joong Ang University
* Hobbies: Watching plays, Swimming, Basketball


ni heroin cite tu

Name: Ha Ji-won

Birth name: Jeon Hae-rim
DOB: June 28, 1979
Place of birth: Seoul, Korea
Height: 168cm
Blood type: A
Education: Dankook University
Profession: Actress

p/s : suke sgt tgk cte ni..da 2 kali ak tengok...comel je!!

apa itu tiroid?

salam semua...

ari ni aku nak share sket pasal penyakit tiroid...aku baru dapat taw kawan aku ada penyakit ni..dia risau sangat dan aku xtaw macam mana nak tenangkan dia..aku hanya boleh cakap 'sabar' je...so, aku search la kat google pasal penyakit tiroid ni...

PENYAKIT berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu. Malangnya, bagi kebanyakan orang yang belum dikenal pasti jenis masalah tiroid mereka juga tidak sedar ia berkait rapat dengan masalah berat badan mereka. Ini kerana pesakit tiroid sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten. Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser!

-bagi kes kawan aku tu, aku tak rasa ada kaitan dgn masalah berat badan sbb dia kurus jek..

Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;

>> Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.

>> Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.

>> Nodus limfa bengkak terutama di leher.

>> Sukar menelan atau bernafas

>> Sakit pada tekak atau leher.

Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain.

-kawan aku mmg ada simptom2 kat atas ni..aku harap kawan aku akan cepat sembuh..insyaALLA..

p/s : info2 ni korang bley search kat link ni..dan jugak kat info kesihatan..korang doakan dia supaya cepat sembuh k..



Thursday, January 13, 2011

'Alycia 1st Giveaway'


salam sume...
jom join GA ni..
cara2 nak join mudah je...
1. Buat satu entry bertajuk 'Alycia 1st Giveaway'...
2. Tepek banner seperti di atas di entry dan sidebar...
3. untuk keterangan lebih lanjut, boleh rujuk blog cik alycia ye!..hehe
cepat kawan2, sblm terlambat..:)


11.1.11 is siti nur haliza's birthday

salam semua...

korang taw tak tarikh yang cantik ini adalah birthday aku yg ke-23...cepat wish walaupun da lepas..hehe
da tua kan aku..sob3
dan aku berkongsi tarikh yg comey ni dgn Dato' Siti...wah, tumpang glamer sket..
birthday Dato'Siti yg ke-32...
haa, tgk!kuat betol jodoh aku ngn Dato'Siti...
Dato' Siti still nak nombor yg hampir sama ngan aku...wah, tumpang glamer lagi..
sangat2 cantikkan tarikh ni..


disebabkan umur aku ngn Dato' Siti hampir2 nak sama, ni antara angan-angan aku yg akan menjadi kenyataan..insyaALLAH

1.aku nak jadi engineer
2.aku nak lagi kaya dari Dato'Siti
3.aku nak cari husband yg blh bawa aku bercinta sampai ke syurga

korang sume...
tanx taw utk kek eskrem tu...
aku sgt terharu oke...
mmg terkezutt la aku..
sbb, deyda cakap nk dtg amik cte secret garden..
tup2, dorang sume bawak kek!
sangat terharu!
dan aku lagi terharu deyda wat entri khas utk aku..
korang pun sila terharu oke..


aku sangat la happy dan aku dapat banyak sangat chocolatess...
sayang lak aku nak makan...huhu
tanx korang!
i love u all..

p/s:aku lg terharu kalo org cakap muka aku macam siti..plisss...haha

Monday, January 10, 2011

To Those I Love


When I am gone, release me, let me go
I have so many things to see and do
You mustn't tie yourself to me with tears
Be happy that we had so many years.

I gave you my love. You can only guess
How much you gave to me in happiness
I thank you for the love you have shown
But now it's time I traveled alone.

So grieve awhile for me if grieve you must
Then let your grief be comforted by trust
It's only for a while we must part
So bless the memories with your heart.

I won't be far away, for life goes on
So if you need me, call and I will come
Though you can't see or touch me, I'll be near
And if you listen with your heart, you'll hear
All of my love around you oft and clear.
And then, when you must come this way alone
I'll be greet you with smile, and welcome you home.

Anonymous
-Chicken Soup for The Soul-

Thursday, January 6, 2011

aku sekolah dua ari je..

salam semua...

hari ni aku dah stat belajar da..suka2..hehe
tapi aku hampir terbabas gak la...
kelas aku hari ni stat kol 1oam..
aku bangun 940am...
terkezut gile time sedar tu..
boleh tersedar pun sbb rumet aku baru abis kelas...
dalam ati aku tadi da pikir mcm nak skip kelas je tp ni kelas 1st aku, dan ini lah satu2 nye subjek yg aku amik sem ni slain FYP...
nak x nak, aku kena p gak kelas...
kelam kabut jugak la nak siap2...
nasib baek sempat..semput kejap...tarik nafas dalam2
utk kelas ni da ada esemendan kena submit esok..
time kat kelas td agak tensen gak la sbb bdk yg duk dpan aku tu bercakap x henti2 smpai kna sound dgn lecturer..hamik kau!

memang syookk la sekolah 2 ari je kan..
tapi byk plak masalah yg timbul...
aku ssh sgt nak bgn awal...
aku jadi x berdisiplin, mcm duk kat umah plak..
sok pagi kelas kol 8...tolong kejot aku bole x?
hoho

semalam, aku p jumpe sv aku..
just nk p tunjuk apa yg aku dah buat dan step seterusnya...
dan secara tidak sengaja dia telah mengajar tutorial arc-view kat aku...
en zul ajar satu2 plak tu..terharu aku
terima kasih en zul!
tapi kan, en zul suka taw ceramah lama2..
aku bajet tak lama la sbb aku sorg je tp sama je kalo aku berdua @ bertiga..
da la aku x sehat sgt smlm...
dgn batuk yg x baek2 dan sejukkk sangat kat bilik tu, ditambah lagi dgn hujan yg lebat...
lagi la aku rasa ak x sehat...
dalam ati aku terdetik gak la nk mintak balik awal tp aku takuttt..huhu
last sekali aku tadah je telinga aku..huhu
sesampai je kat bilik, aku rasa macam nak demam lak dgn batuk x henti2...
sabar je kan...
tapi aku tak demam pun. aku kan kuat..haha
aku tak nk layan sgt angin gediks demam nt makin menjadi plak..

tp en zul mmg terbaek la...
ajar ak satu2..
trimas en zul sudi ajar sy yg x pandai ni...

dan sem ni mmg terbaek juga sbb
AKU SEKOLAH DUA ARI JE...
first time dalam idup aku..haha

bubbling : antara wishlist 2011 aku, aku nak p lecture pakai baju kurung...ayu tak aku..hehe
setakat ni semua berjalan lancar lagi la...aku kan sekolah dua ari je.. :P

Tuesday, January 4, 2011

manusia mmg begini kah?

salam semua...

rajin la plak ak update kan...
pagi tadi, petang dan jugakk malamm.heee
tadi aku ada baca satu blog ni..
dia buat entri newton's 3rd law of motion, pastu dia kaitkan dgn islam..
bess la..
aku pun baca entri seterusnya..
dia ada sebut pasal Furqan..
sape furqan ni????

Furkan Dogan (20 Oktober 1991 – 31 Mei 2010) adalah seorang warga negara Amerika dan penduduk tetap Turki yang merupakan orang termuda terbunuh dalam serangan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau seorang pemuda yang baru berusia 19 tahun pada ketika hujan peluru Israel mengakhiri hidupnya di kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010. Furkan Dogan lahir di Troy, New York Amerika Syarikat. Kedua orang tuanya berasal dari Turki kemudian mereka berpindah ke Turki ketika Furkan berusia dua tahun. Ayah beliau, Ahmet Dogan, lulusan dari Rensselaer Polytechnic Institute dengan gelaran MBA dalam bidang perakaunan, adalah pembantu profesor perakaunan di Universiti Erciyes.

Furkan sedang merakamkan serangan Israel ketika seorang komando Israel melepaskan tembakan pertama menghala tepat di wajahnya. Lima tembakan telah dilepaskan kearah Furkan meyebabkan dia mati dengan wajah yang tidak dikenali. Autopsi mendedahkan, Furkan telah ditembak di hidung, punggung, belakang kepala, kaki kiri, dan pergelangan kaki kiri, pada jarak 45 cm.

Mavi Marmara, adalah kapal terbesar dari kumpulan armada antarabangsa yang terdiri dari enam kapal yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza. Bantuan ini membawa makanan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah ke sempadan Gaza sebelum ianya dikepung. Israel telah menyekat Gaza sejak kerajaan Hamas yang dipilih secara demokratik pada tahun 2006 memerintah. Selama lebih dari tiga minggu, bermula pada Disember 2008 dan Januari 2009, Israel telah menyerang Gaza, men ceroboh dan menghancurkan infrastruktur asas dan membunuh lebih daripada 1,400 warga, sebahagian besar daripada mereka wanita dan anak-anak.

Pada hari kejadian, pihak keluarga Furkan telah mengetahui nama-nama dari lapan warga negara Turki yang telah dibunuh di Mavi Marmara tetapi salah satu korban belum dikenalpasti. Ketika ayah Furkan pergi menemui mangsa kejadian setelah di bawa ke Turki, dia tidak tahu bahawa anaknya telah dibunuh. Malahan, disebalik hajat untuk menemui anaknya, dia telah dibawa untuk mengenalpasti mereka yang telah terkorban.

Dalam reaksi segera pembunuhan aktivitis yang berada dalam kapal Mavi Marmara, Viva Palestin telah mengumumkan rancangan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan lain ke Gaza. Viva Palestin, merupakan sebuah badan amal yang berpusat di United Kingdom diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen George Galloway, telah melancarkan konvoi bantuan melalui darat pada awal Mac 2009 tidak lama selepas serangan Israel berakhir. Pada tarikh 18 September 2010 selepas empat misi kemudian, Viva Palestin 5 telah meninggalkan United Kingdom untuk ke Gaza.

Konvoi Viva Palestin 5 tiba di Kayseri pada akhir 29 September dan bermalam di sebuah gunung yang menghadap bandar. Aktivis telah menuju ke Kaseyri dengan tujuan untuk melawat makam Furkan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya. Keesokan paginya rombongan diberitahu bahawa konvoi akan melewati sekolah tinggi dimana Furkan telah menamatkan pengajiannya. Para pelajar dari sekolah tersebut telah bersedia menunggu rombongan tersebut. Seketika, telah ada para pelajar yang beratur dikiri kanan jalan, tidak diketahui telah berapa lama mereka disitu. Masing-masing berwajah sugul, sambil diam menahan sebak namun dengan bangga mengangkat potret Furkan ketika konvoi melintasi mereka.

Hanya kata-kata yang indah terucap ketika para aktivis berada di tanah perkuburan. Kemudian mereka bertemu dengan keluarga Furkan di sebuah pusat komuniti yang baru dibina untuk menghormati dan menghargai Furkan. Datuk dan pakciknya jelas sedang menanggung kesedihan yang amat atas pemergian Furkan, ditambah dengan garis-garis usia yang telah memakan wajah mereka. Tapi kesedihan pakciknya itu jelas. Terbayang keputus-asaan di wajahnya yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Ayah Furkan mengatakan bahawa “Furkan adalah seorang warga negara Amerika sahaja dan dia tidak pernah berfikir bahawa dia akan dibunuh kerana dia adalah seorang warga negara Amerika.” Di dalam kapal, beliau sempat menulis dalam buku hariannya pada tarikh 31 Mei 2010:

“Ini adalah jam terakhir untuk mati syahid, insya Allah aku bertanya-tanya jika ada perkara yang lebih indah .. Perkara yang lebih indah hanya ibuku, tapi aku tidak yakin. Perbandingannya adalah sangat sukar. Kesyahidan atau ibuku. Sekarang dewan kami telah dievakuasi. ”

Sebelum Furkan menyertai misi bantuan, beliau baru saja memperoleh markah yang tinggi pada ujian kemasukan perguruan tinggi Turki. Bermakna dia boleh mendaftar di mana-mana institusi perguruan tinggi yang diminatinya.

“Dia bukan aktivis politik,” kata ayahnya lagi.

“Dia hanya seorang sukarelawan, seorang aktivis kemanusiaan yang ingin membantu orang lain. Dia ingin belajar untuk menjadi seorang doktor, seorang doktor mata. ”
Setiap negara harus bangga memiliki seorang anak muda seperti Furkan. Cerdas dan dewasa melebihi usianya yang sebenar. Furkan juga sudah mengabdikan hidupnya dalam sebuah perjuangan demi keadilan Palestin.

Suntingan oleh Halimah Jaafar, HALUAN Palestin Kelantan

p/s : sedih sgt2 bila bce ksah ni...kejap je kan kite boikot israel kan? dah tiba kot masa utk kita berubah...kalo dulu semangat je aku boikot itu dan ini...tapi kejap je la..masa israel tgh rancak lagi serang palestin...skrg ak bli ikut suke ati je...jom same2 b'tekad utk cuba sedaya upaya boikot israel sbb ni je yg kte mampu buat...

KAKAK PENYAYANG

salam semua...

skrg ak tgh busy carikan universiti yg sesuai utk adik aku...
baek tak aku????
baekkan!!

time aku dulu, xde pun orang yg nak tlg aku...
aku wat sorang2 je...
aku cari banyak2, pastu shortlist kan ikut minat aku...
pastu pendekkan lagi b'dasarkan result aku lak..
pastu, kena tunjuk plak kat abah...
abah akan tnye macam2 la...
dan soklan fevret abah, kalo amik course ni, senang ke nak dapat keje?
hoho..

aku suke dpt tlg adik aku ni...
kalo bkan aku, sape lg yg nak tlg kan...hehe
aku gembira kalo dia mes ak, ceritakan masalah dia...
sbb aka taw dia masih lagi igt aku...
femli masih lagi org penting dalam hidup dia...
aku sangat hargai itu..
aku sayanggg dia sgt2...
aku sayangg femli aku...
dan aku sayang semua orang di sekeliling aku...
aku sayang semua yg sayang aku...
aku sayang jugakk kat orang benci aku sbb dia selalu ingat aku kott..haha
ok..stop melalut..

aku masih lagi mencari...
nak kena siapkan ptg ni gakkk..
malam nt boleh la gtaw...
nak kena topup plak ni..tak pe la demi adikku tersayang!

tarikh tutup permohonan dak2 matrik 15 januari 2011...
alamak, due date nak dekat da...
aku lupe la..banyak lak keje skang ni...
nk kena wat FYP, tgk MUVI, JALAN2 lg, tidoo..

okayyy,
sambung ,mencari..
cahiyokk!

total sume universiti kat malaysia bpe ye???

adikku n umi dan abah..
ni mse daftar kat matrik aritu..

Monday, January 3, 2011

candid itu cun laa..!

salam semua...

aku nak join contest cik dilla....

"1st contest by Dilla"...moh lerr join

jom join ramai2..miahaha
first time ni join benda alam ni..
semangat!hehe


ni pic yang aku pertaruhkan...

lucu kot pic ni...entah apa la yg aku bebelkan...
potpet.potpet
ni time buka puasa anjuran pusat pengajian kej awam...
walaupun aku nampak semangat tgh cakap tu tp aku puasa oke...
aku pun x taw akan kewujudan pic ni...
sehinggalah aku terjumpa masa nak join contest ni..haha
boleh jadi kenangan ni..nak tunjuk kat anak2 nanti...ngeeee

aku nak tag sape ye???
1. aidatul
2.izzati
3.yawani aida

31 DISEMBER 2010

salam semua..

yay! aku dah ada mood nak berblogging..hehe
just nak share aktiviti on last day of 2010...311210
penat gak la jalan..dari pagi sampai malam kott..
aku beli sandal je...
dan aku nak tshirt utk adikku tp hampassss...
tak jumpa yg berkenannnn...
hooreey new year...
sempena tahun baru ni aku sangat berharap aku dapat apa yang aku nak..
apa yang aku nak???
hehe....


spec baru...
banyak kedai gak la kami p tapi persinggahan yg pertama gak menarik hati...
last sekali p balik kedai tu..

sume penat tunggu kawan aku tu pilih spec...

spec baru yannn...
bak kata teha "mata aku nampak besau bila pakai spec ni"

mamammm...

aku memang suka makannn...


bubbling :stok makanan aku beli last week da nak abesss...hampir2 rm50 gak la aku beli makanan ringan sahaja...apakah rm50 perweek utk jajan dan seangkatan dengannya sahaja...oohhh aku kena DIET!

Sunday, January 2, 2011

GENG PENGEMBARAAN FYP KAMI BERMULA (PART 2)

salam semua...

selamat tahun baru...kejap je kan tahun 2010 sudah pun berlalu..
semoga tahun 2011 akan memeberi sinar kebahagiaan kepada aku...
aku rasa sangat teruja sangat dgn 2011...
kenapa ye???
nak kawen kot..hahah..gurau je

da lama tak berblogging ni...
ada dalam 2 minggu gak kot...
selama 2 minggu ni, 2 kali aku p JPS Kerian...
kali pertama p, partner aku x dapat np sekali dgn aku, so aku mintak tolong my bestie utk temankan aku...tapi data yang aku nak tu still lagi tak ada...
untuk minggu seterusnya, aku p ngn sv ak, dan malang lagi buat aku apabila orang yg perlu aku berurusan tu tiada...
sv aku cadangkan buat cara lain yg memerlukan aku utk kerja lebih masa...
sabar je la...huhu

drop your link here :)