Monday, December 20, 2010

OHH ASHRAF MUSLIM!

salam semua...

jom jalan2 penang..hehe
act, xtvt ni x dirancang pn...
sumenye last2 minute...
tujuaan utama kami nak ke SUA RASA sbb...
nk jmpe ASHRAF MUSLIM!
kwn aku yg nk sgt jmpe dy...
apatah lg aku..haha


pertama sekali, perut kena la isi dulu kalau nak jalan2 kan?
ok, jom makan kat pasar!
pasar mana?
aku pun x sure nama tempat ni...hoho


dalam perjalanan tu, kami t'nampak banner pasal Penang Botanic Garden...
waaa, kan bes kalo dpt p!
tiba2 kami da menjejakkan kaki disini...
act, kami follow kete kwn kat dpn...x sangka lak dy nk stop gak kat sini...
apa lagi, hati berbunga riang la..hehe



punya la ramai orang kat sana....
punya banyak tempat nak p...
punya la penat kami berjalan...
akhirnya, kami decide nak solat zohor...
kawan kami a.k.a tourist guide kami bawak p solat kat masjid terapung...
syokkk!


lepas solat tu, kawan kami a.k.a tourist guide kami bwk p batu ferringhi...
baekkan dia...
senyum sampai telinga lagi...
walaupun pun kejap je, tapi seronok!! :)



da penat jalan tu,kami p la makan kat burger king...

akhirnya....
sampai la jugak kami kat sua rasa ni...
tepi Queensbay Mall..
malangnya, ASHRAF MUSLIM xde...
sedih jap...
so, kami pusing2 je la..
xde pape yg menarik pun...


dan, tanpa dirancang2, kami tlh tergerak hati utk ke Pesta Penang!
begitu la kesudahannya..
pesta penang adlh destinasi terkhir kami pd hari itu...
ak nak ucapkan jutaan terima kasih kat kwn2 yg sudi mengajak diriku yg bagaikan katak dibawah tempurung ini berlibur...haha
sehingga ke berjumpa lagi di entri seterusnya.. *peace*



babbling : kawan2 nak taw td ak mimpi kena marah ngn sv FYP..sob3

Friday, December 17, 2010

GENG PENGEMBARAAN FYP KAMI BERMULA (PART 2)

salam semua...

waaa, rase macam dalam cite upin dan ipin lak..hehe
pengembaraan kali ni lain sket sbb sv ak yg bawak ak n partner p JPS Kerian..
macam biasa la, kalo ak x p jmpe sv ak, beliau akn kol atau mes ak suh p jmpe..
dan kali ni, sv aku tu kol lagi..
dan macam biasa la, kalo beliau kol mesti aku x terjawab panggilan beliau itu..
kenapa ye?
sebab yg paling ketara sekali adlah sbb aku TIDUR..huhu
asal beliau kol aku tido, aku tido je beliau kol..
xke sadis tu..
jatuh maruah aku..haha

dan kali ni, beliau kol lagi...
aku yg tgh syok2 tdo tentu sekali tekejut bile tgk beliau kol..
nak ke tak nak aku kena jawab jugak panggilan tu...sbb da byk kali gak la ak x jwb beliau kol..huhu
sblm jawab tu, dan lg ak betolkan suara, mesti nak cover kan...haha
bla..bla..bla..
beliau suh ak n partner p jumpe die ptg tu jugak..
tapi kan aku tersasul mse tgh ckp ngn beliau..
nmpak sgt bru bgn tdo kan..huhu
segannye!

tepat 2.15 pm kami p bilik dy..
bila beliau tgk kmi sampai, beliau terus kemas2 brg...
pastu, bgi arahan "kamu tunggu kat bawah"
ak n partner "eh, nk kna p JPS Kerian ke en zul?"
beliau "aah!"

so, lepas tu kami gerak p JPS kerian utk ambil data..,
lepas discuss tu, sv ak ajak minum ngn staf2 JPS tu...
dalam ati aku, segannye!..
partner aku lak puasa...
time en zul tnye aku nak minum apa, aku geleng je..
pastu beliau tnye aku puasa ke...
aku lak dgn yakinnye "aah"... hehe
bohong sunatt..ampun en zul..huhu

odw nak balik usm tu, x banyak sgt da borak ngn sv ak tu...
byk duk senyap...segan!..lagi
aku kan pemalu kuasa sepuluh..haha
sampai usm nak dekat kol 5 da...
pastu tnye aku bawak laptop ke x..
kalo bawak dia nak install arc-view utk ak...
so, p la bilik beliau utk install lak..
lptop aku lembab macam siput..
jadi,proses itu mkn mse yg lme gak..huhu
bagus kan sv ak tu...
sanggup tu balik lmbt sbb nk tlg install kan utk ak...

dalam kol 6 gak la siap...
then, p beli mknn utk bukak puasa..
ak pun tumpang sekaki..
cakap puasa kan..haha

Wednesday, December 15, 2010

Kisah luqman al-hakim dan baghalnya (keldai)

salam semua..
ni kisah yg share nk tu..
baca sampai habis taw... :)

Alkisah dalam satu riwayat menceritakan bagaimana pada suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal(keldai), manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata, 'Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula, "Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal, alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah BODDOHnya!"

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."Dari Abu Ma'bad dari Ibnu Abbas r.a. katanya : "Aku mengetahui selesainya solat Nabi s.a.w. itu dengan mendengar dibunyikan takbir yakni takbir sebagai zikir sehabis solat."-- (H.R. Bukhari)

kisah ni ak amik kat Cari Gold Forum
nak baca kat sini pun boleh...
dan link ini..

MANUSIA ITU DAN INI

salam semua...

cmne hari ni?sihat x?
susah kan hidup ni kalau kita dengar cakap orang kan...
dan susah jugak kalau kita tak dengar cakap orang kan..
semuanya serba tak kena..

apa yang kita buat salah..tak buat pun salah jugak..
kita pakai macam ni salah, tak pakai lagi lah salah..
kita senyum, cakap kita gedik..
tak senyum, cakap kita sombong..
kita duk sembang2, cakap kita tak reti hargai masa..
kita study, cakap kita nak tunjuk hebat..
kita cakap banyak, cakap kita mulut becok..
kita senyap, cakap kita tak nak kawan ngan dia..

semuaaaa kita buat salah kan..
dia je yang betul..

kita jangan sedih taww..
sebab manusia memang macam ni...
manusia memang tak puas hati dengan orang lain..
cuba kawan2 baca kisah luqman al-hakim dan baghalnya...
nanti kita share okesss.. :)


kita tak boleh baca hati manusia..

Sunday, December 5, 2010

GENG PENGEMBARAAN FYP KAMI BERMULA (PART 1)

salam semua..

i supposed to be in FYP madness rite now...
that's why i'm stuck in hereeeeeee in usm...
the first day after i'm coming back from raya qurban oliday, i'm really excited to do my job...
and my FYP supervisor (sv) asks me to see him..[the day I arrived at usm, I got phone call from him]..
it's great to here that...
FYP here I come!!!!
unluckily, the spirit only comes on the first day...haha
well, after discussing with my sv, he asks us (my partner and I) go to Bukit Merah Dam to get the data...
so, on 6/12/2010 our FYP's journey begin!!!!
but, i'm not serious at all..
urghhhhhh,
and I wonder why I'm here...
I should be at at home with family...
the best thing is i'm goin home today.o yeahhh!
hoping that i can focus on my FYP after this..insyaALLAH

rindukan mereka!

Monday, November 29, 2010

RINDUKAN CIKGU ZOMBIE

salam sume...

ak mmg dalam mood rindu skang...miss my femly soooo much...

rindukan ummi
rindukan abah
rindukan adik
rindukan kakak

rindukan CIKGU ZOMBIE


cikgu, tanaman sy da byk.jgn jeles.
tp sy kalah lagi.xde orang nak tolong selamatkan.haha

NAMA GAME : PLANTS vs ZOMBIES
KELEBIHAN : BELAJAR SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

KEKURANGAN :ALIEN TAK BOLEH JADI ZOMBIE


namun begitu, sesungguhnya ak amat merindui mereka ini..


babbling : pssstt, CIKGU ZOMBIE itu sangat poyo!

Friday, November 26, 2010

CERITA BASI : KAKIKU KENA OPERATE??

salam sume...

alhamdulillah aku kesihatan aku bertambah baek hari ini dan insyaALLAH hari2 yg mendatang gak...

ibu jari aku kena serang ngan virus ketuat..haha
bila nak jalan tu sakit gak la ..
so, aku decide nak p amik ubat kat klinik..
tapi, time kat klinik tu, dr cakap xde ubat ketuat kat situ...
aku ada dua pilihan:
pertama, balik umah n try cari ubat kat farmasi lak
kedua, operate buang ketuat tu...

jadi, aku pilih yg kedua...
first time, aku kena bius...huuu
jadi inilah hasilnya....

ummi n abah terkejut masa mula2 tengok kaki aku berbalut...mana taknya, nampak berbalut tu mcm besar je luka..lepas buka balutan tu, darah still lagi kuar..huhuhu

ni petua nak hilangkan ketuat..tapi aku x sanggup nak ikut petua ni..ngeri je!

Petua Menyembuhkan Ketuat

Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki.

Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;
  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  • Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  • Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

KENANGAN TERINDAH KU

salam semua..

malam ni sunyi je..hujan renyai2 lak tu..
tiba2 rasa rindu lak kat kawan2..
farisian, plkn mantin, kmm...
suka.duka.ketawa.menangis sumenye bersama-sama...
rindukan mereka...
tiba2 jumpa cd2 ni time kemas2 td....

rindukan batch 0105....
walaupun 3 bulan je tapi akan ku kenang sampai bila2...
ada satu benda bodoh yg pnh ak wat time kat sini...haha
no regrets...
KSP MANTIN mmg d bes la :)

ni lak kenangan drpd jawatankuasa surau perdana...
ketua aku time ni, fatimah...dia sangat sempoi..
bersama2 ngn aifa n jannah...
bff kmm: aifa jannah wana...rindukan korang!!!!!!!!!!
geng2 A5 : kema izza ain syeen dll...sgt2 rindukan korang!!!!!!!


babbling : sangat rindukan mereka semua..mereka kenangan terindah ku!!uhhhh, tiba2 t'ingatkan lagu samsons, kenangan terindah...layannnn

aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungkuselama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu
darimu
ku temukan hidupku
bagiku kaulah cinta sejati

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan ku jadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun tak kan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

Friday, November 19, 2010

CINTA PANDANG PERTAMA KE?


salam semua,

eh, nak tanye pendapat korang sume ni...
cinta pandang pertama?
boleh percaya ke?

"dari mata turun ke hati, dari hati turun ke mana?"

nafsu ke??haha

bukan ke kalau cinta pandang pertama ni, yang kita nilai tu paras muka...
"wah! cantiknye dak tu..aku dah jatuh cinta!!..haha

macam ni ke yg dikatakan cinta pandang pertama tu..
kalau la macam ni, aku rasa ada yg x betol ni...
kenapa ye??

sebab...

katakan lah seseorang tu sukakan kita disebabkan wajah kita yg cun melecun, boleh kekal ke?
manusia kan akn tua...cantik ke kalau dah tua??

tapi, kalau seseorang tu sukakan kita sebab perwatakan kita, boleh kekal ke?
boleh kot, insyaALLAH...

orang cakap, dalam satu2 perhubungan tu, yang paling penting ialah keserasian..masa tengah kapel memang la rasa serasi, tapi bila kawen, lain la pulak jadinya..macam mana ye??hmmm

"apa pun, manusia hanya merancang, ALLAH jua lah yg menentukannya"

Lirik Lagu Kalau Berpacaran


Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

babbling : suka dengar lagu ni..senyum sampai telinga :)
cinta lepas kawen, bes ke?

Monday, November 15, 2010

EXAM IS OVER

salam semua...

exam da abis...sgt2 gumbira..hehe

esok balik..lagi2 gumbira

lusa raya..horeeee

tulat cuti..yay!

tulat kpd tulat kpd tulat kpd tulat...balik usm...sedey ...T_T

Saturday, October 30, 2010

berdiri di atas landasan abah

salam untuk semua,

diri aku sekarang banyak dibentuk oleh manusia yg paling aku sanjung...abah...
sejujurnya, kalo nak cari suami, aku nak yg macam abah walaupun abah garang tapi aku still nak husband macam abah...garang mana tu?..garang dan tegas..

malu nak mengaku tapi memang inilah realitinya..first time, aku naek bas ialah time aku form2/form3 masa nak balik umah..aku pun tak ingat..aku sekolah asrama sejak form 1 lg..SEK. MEN. SAINS TG. MUHAMMAD FARIS PETRA..banyak kenangan manis dan pahit aku kat sana..aku bukan nak cerita perihal aku kat sana..

aku nak cerita macam mana seorang ayah membesarkan kami adik beradik...masa sek rendah dulu abah mmg kenal dgn semua kawan2 aku..dan sampai sekarang abah masih kenal..lagipun masa kecik dulu aku ganas sket..eh, banyak kot..mereka yg kenal aku dulu, kenal la aku macam mana..
abah tak benarkan kami keluar sesuka hati..kalo nak keluar pun mesti sebab belajar...

kalau nak keluar lepak ngan kawan2 tu, sangat2 la x boleh..abah x pernah cakap x boleh tapi abah akan diam dan x bagi apa2 jawapan..bila diam dan muka tegang tu, kami dah tau da x boleh..jadi, kalo ada yang ajak aku keluar, aku akan cakap x boleh teros..kalo nak shopping pun mesti ngn femli..dan sampai skrg pn macam tu..aku kuar shopping ngn adik/kakak aku je..umi ngn abah kadang2 je..ni sebab kami diajar begini..pnh la kuar sekali dua ngn kawan aku..

abah memang 'simpan' anak pmpn dia kat umah..aku pun tak taw la kenapa..mungkin sbb safety kot..aku x kisah pun yg tu..sbb pnh taw masa LI dulu, kawan aku turunkan aku jauh sket dari umah..aku x drive aritu cz kami one way je..senang gerak sekali..time aku jalan, ada la budak motor ni ikut je aku..memang rasa takut menyampah dan x bes,,sbb ak dpt rasakan dia pandang aku ats bwh..nasib baek la dekat je ngn umah...jadi, ak mmg x ksah abah nk 'smpn' ak kat umah tu..hehe

abah aku tegas taw..kakak aku yg da abis belajar, nak keje sambil2 tunggu graduation day...dari 1st day dia balik, dia da mntk kebenaran ngn abah nak keje, tapi abah xkasi..dy ok la awal2 kn bley relax2 kat umah..pastu mintak lagi, abah suh dy belajar kete dulu sbb dy xde lesen lg..dy pun ikut la..blaja kete..pastu mntk lagi, abah still tak kasi gak..awal2 dulu umi pun tak kasi gak tapi sbb ari2 dy mintak, mak aku ok je tapi tu la abah aku still jugak tak kasi..kakak aku bknnye nak buat yg merapu..dy nk jadi guru ganti..tu pun tak diluluskan gak..huhu..tegaskan abah aku..kadang2 aku pun x paham ngn abah aku ni..sampaikan sekarang abah aku still tak bagi..nex week dy grad..

aku dah cakap dah kat kakak aku, nanti lepas abis belajar bulan 5 ni, aku nak keje gak..aku suh dy sokong aku..nasib aku tak taw la cmne..ngan anak2 prmpn, abah memang tegas sket, anak laki dia ok je..tapi tegas tu tetap ada..kalo nak kuar jumpa kawan tu boleh lagi la..adik2 lelaki aku nak lepak2 tu xde hal la..hmmm

walau macam mana pun abah didik aku, aku tetap SAYANGKAN abah..mungkin aku x nmpak lagi apa hikmahnya sekarang tapi aku taw tu semua untk kebaika

babbling~aku sekarang ialah aku yg dibentuk oleh abah..bukan senang untuk aku menjadi seperti skrg..

integrated design







babbling~ posted by my manager on fb...so many things need to settle down...n final xm on 9/11...

Monday, October 25, 2010

aku insan terpilih


salam pembaca sekalian

alhamdulillah, aku baru je abis presentation mini project river..kepala masih lagi berdenyut sebab tidur sejam lebih je td..memang penatt..terasa seakan-akan baru lepas satu azab..

presentation tadi berjalan dengan lancar..alhamdullillah..overall ok..alhamdullilah..aku bersyukur sangat sbb dapat buat dengan baik tadi..terima kasih tak terhingga kepada ahli grup kerana sama2 menyiapkan tugasan terakhir ni...terima kasih Ya Allah..terima kasih sbb Kau mengilhamkan idea kepada ku yg akhirnya dpt menyiapkan projek ini dengan sempurna..dikala grup lain dipertikaikan dengan jawapan yg diberi, jawapan kami diterima dengan baik..terima kasih Ya Allah krn Engkau masih tidak melupakan insan kerdil ini walaupun aku semakin jauh dariMu...subhanallah

memang tak dinafikan kebelakangan ini, aku sangat2 down..banyak sangat dugaan yang datang..saban malam, aku teresak dgn dugaan ini, merintih kepadaMU..dan Kau datang kepadaku dikala mereka yg lain jauh meninggalkan aku..aku insan terpilih...terima kasih Ya Allah di atas rahmat MU ini..aku rasa hina disisiMu..Kau masih lagi memayungi walaupun aku semakin menjauh..

baru aku sedar mengapa kau datangkan dugaan bertimpa2 kepadaku..Kau mahu aku mendampingMU..memang benar, dikala aku dilanda kebahagiaan, aku jauh meninggalkan Mu..mementingkan dunia berbanding dengan Mu..tapi di saat aku keseorangan, Kau hadir dalam hidupku, memberikan cahaya kepadaku..terima kasih YaAllah kerana sanggup memberikan rahmat kepada hambaMu yg hina ini..Kau bawalah aku ke jalan lurusMu...

cerita kami; kami ada presentation arini, dan pagi tadi sangat kalut sampai terlupa nak bawa kunci bilik..so, masa balik tadi, nasib kami memang tak baik sebab rumet kami xde..dalam keadaan penat2, kawan aku carila kunci spare yg dia simpan kat rak kasut kan, tapi x jumpa..dia inagtkan tercicir kat mana2, so dia pergi la cari kat tempat lain..aku still lagi tunggu kat situ dan belek2 kat rak kasut. memang tak de..terdetik dalam hati aku "Allah nak uji aku ni"..kawan aku yg p cari kunci bilik tu datang dan dia cakap tak de..dalam keadaan pening2 tiba2 aku nampak kunci tu kat tempat yg aku cari tadi..subhanallah..Allah memang akan tolong hamba2 nya yg sabar...memang aku da tengok kat tempat tu sebelum ni tapi xde..subhanallah....terima kasih Ya Allah kerana masih sudi mendengar rintihan dari insan lemah dan hina ini..

p/s ; petang ni kena jumpa supervisor FYP lak..walaupun penat akan kuteruskan hidup ini demiMU Ya Allah...segala yg Kau pinjamkan kepadaku ini, akan aku gunakan sebaiknya..insyaAllah..terima kasih Ya Allah atas dugaan yg maha hebat ini yg akhirnya membawa aku kepadaMU..terima kasih Ya Allah kerana masih sayangkan aku..terima kasih Ya Allah kerana memberi hidayah kepadaku..aku insan terpilih..alhamdulillah

Di sini bermulanya zina

by : http://salafus-sholih.blogspot.com/





babbling ; terdetik utk share video ni sbb kdg2 kita dah sesat terlalu jauh..menghalalkan apa yg haram..tidak memahami apa erti islam sebenarnya..kenapa saya menganut agama islam???tepuk dada tanya iman...untuk berbicara sedalam-dalamnya, aku perlukan ilmu yg lebih..untuk hari ini, hanya ini sahaja dapat aku kongsikan..semoga masa yang akan datang aku dapat bercerita lebih lagi apa itu islam..kenapa saya memeluk agama islam..insyaAllah..doa kalian sentiasa bersama saya..

Sunday, October 24, 2010

Dari jauh

salam readers,

aku xtaw apa istimewanya insan ini sampaikan aku sanggup buat entri khas utk dia..semoga dia sentiasa dalam keberkatan ILLAHI..dalam keadaan aku sekarang yg super duper tension, sedih dan berserabut, tibe2 aku dapat message daripada hamba Allah ni..

"Ya ALLAH..aku bersyukur kepadamu kerana Engkau telah berikan aku peluang untuk aku mengenali seorang insan yg selalu membuka hatiku untukMU..

Ya Rahman.. Kau ampunilah segala dosanya..

Ya RAhim.. Kau jadikanlah insan ini dgn hambaMU yg taatakan perintah dan suruhanMU agar dia lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupannya dengan insan yg Kau jodohkan..

Amin..
Take care dan tolong maafkan saya diatas segala kesilapan"


terima kasih sbb mendoakan yang terbaik utk sy..sy hargai semua tu dan sgt terharu sbb terasa mcm kena pada waktunya..secara jujurnya, sy sekarang dan dulu adalah manusia yg berbeza..

babbling ; dia sllu hadir masa aku kebuntuan.walau apa pun, terima kasih sbb masih imengingati saya ..kadang2 aku rasa, aku terlalu mencari kebahagiaan yg sebenar padahal kebahagiaan sudah terbentang luas dihadapanku.



Saturday, October 23, 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/dewikasturi

Thursday, October 21, 2010

halo hola hai

salam readers,

ini blog kedua aku.sangat lama tak menulis, rasa sangat2 kekok nak menulis.banyak sangat yang nak tulis sampai tak taw apa yang nak ditulis.nak mula kat mana dlu ye???emmm, jangan tanya kenapa ak delete blog dulu...jangan tanya...tak nak ingat kisah dulu.nak buka lembaran hidup yang baru.dengan cerita2 baru.gosip2 baru..ngeee

since, ni first entri, moleklah dulu kita buat sesi suai kenal kan???sapa nak kenal angkat kaki..haha
oke, nama tuan punya blog ni zaimah.berasal dari kelantan.berumur 22 tahun [muda remaja lagi oke,hee].masih lagi menuntut di USM, kejuruteraan awam, final year..insyaAllah akan grad 2011[doakan ak berjaya dunia akhirat k]..perancangan masa depan masih lagi dalam perancangan..macam nk wat esei masa darjah 1 lak..proceed2..tapi tak nak sambung pasal my ambition ke, my hobby ke..tak nak oke..

jom review sket apa yg ak buat arini..aku skip lagi kelas solid waste..aku pun heran, kenapa la aku suka sangat skip kelas sem ni..adakah kerana aku merasakan aku cukup hebat..ohh sama sekali tidak..bukan sebab tu oke...salah satu sebab yg munasabah ialah kelas solid waste start pukul 8am..sangat2 tak suka oke..sebab yg laen malas nak tulis..hehe

pastu kelas construction management cancel, soo ak boleh la bangun lambat..ooo yeahh..salah satu hobi tuan empunya blog ini ialah bangun lambat..bukan hobi la tapi habit..aku kan cakap tak nak cakap pasal hobi...ekeke...tapi aku p kelas pukul 11am, advanced water...then, after lecture, aku lunch...

pastu, balik bilik tercongok duk depan laptop..niat dihati nak buat final year project tp dah terpesong bukak fb plak...pastu klik sana sini pastu buat fyp kejap pastu ntah macam mana boleh munculnye blog 'shadows of life' ni..aku pun tak taw kuasa ajaib apakah yg memukau aku supaya aku berblogging lagi...sesungguhnya aku memang tak tahu..haha

ehhhh, aku x solat lagi..asyik sangat kat cni...

bebel ; aku rasa aku dah dapat kawal perasaan aku ni..hehe

Thursday, February 11, 2010

berehat sebentar bersama kitkat

away~
focussing on


FINAL EXAM

drop your link here :)