Thursday, January 13, 2011

11.1.11 is siti nur haliza's birthday

salam semua...

korang taw tak tarikh yang cantik ini adalah birthday aku yg ke-23...cepat wish walaupun da lepas..hehe
da tua kan aku..sob3
dan aku berkongsi tarikh yg comey ni dgn Dato' Siti...wah, tumpang glamer sket..
birthday Dato'Siti yg ke-32...
haa, tgk!kuat betol jodoh aku ngn Dato'Siti...
Dato' Siti still nak nombor yg hampir sama ngan aku...wah, tumpang glamer lagi..
sangat2 cantikkan tarikh ni..


disebabkan umur aku ngn Dato' Siti hampir2 nak sama, ni antara angan-angan aku yg akan menjadi kenyataan..insyaALLAH

1.aku nak jadi engineer
2.aku nak lagi kaya dari Dato'Siti
3.aku nak cari husband yg blh bawa aku bercinta sampai ke syurga

korang sume...
tanx taw utk kek eskrem tu...
aku sgt terharu oke...
mmg terkezutt la aku..
sbb, deyda cakap nk dtg amik cte secret garden..
tup2, dorang sume bawak kek!
sangat terharu!
dan aku lagi terharu deyda wat entri khas utk aku..
korang pun sila terharu oke..


aku sangat la happy dan aku dapat banyak sangat chocolatess...
sayang lak aku nak makan...huhu
tanx korang!
i love u all..

p/s:aku lg terharu kalo org cakap muka aku macam siti..plisss...haha

Monday, January 10, 2011

To Those I Love


When I am gone, release me, let me go
I have so many things to see and do
You mustn't tie yourself to me with tears
Be happy that we had so many years.

I gave you my love. You can only guess
How much you gave to me in happiness
I thank you for the love you have shown
But now it's time I traveled alone.

So grieve awhile for me if grieve you must
Then let your grief be comforted by trust
It's only for a while we must part
So bless the memories with your heart.

I won't be far away, for life goes on
So if you need me, call and I will come
Though you can't see or touch me, I'll be near
And if you listen with your heart, you'll hear
All of my love around you oft and clear.
And then, when you must come this way alone
I'll be greet you with smile, and welcome you home.

Anonymous
-Chicken Soup for The Soul-

Thursday, January 6, 2011

aku sekolah dua ari je..

salam semua...

hari ni aku dah stat belajar da..suka2..hehe
tapi aku hampir terbabas gak la...
kelas aku hari ni stat kol 1oam..
aku bangun 940am...
terkezut gile time sedar tu..
boleh tersedar pun sbb rumet aku baru abis kelas...
dalam ati aku tadi da pikir mcm nak skip kelas je tp ni kelas 1st aku, dan ini lah satu2 nye subjek yg aku amik sem ni slain FYP...
nak x nak, aku kena p gak kelas...
kelam kabut jugak la nak siap2...
nasib baek sempat..semput kejap...tarik nafas dalam2
utk kelas ni da ada esemendan kena submit esok..
time kat kelas td agak tensen gak la sbb bdk yg duk dpan aku tu bercakap x henti2 smpai kna sound dgn lecturer..hamik kau!

memang syookk la sekolah 2 ari je kan..
tapi byk plak masalah yg timbul...
aku ssh sgt nak bgn awal...
aku jadi x berdisiplin, mcm duk kat umah plak..
sok pagi kelas kol 8...tolong kejot aku bole x?
hoho

semalam, aku p jumpe sv aku..
just nk p tunjuk apa yg aku dah buat dan step seterusnya...
dan secara tidak sengaja dia telah mengajar tutorial arc-view kat aku...
en zul ajar satu2 plak tu..terharu aku
terima kasih en zul!
tapi kan, en zul suka taw ceramah lama2..
aku bajet tak lama la sbb aku sorg je tp sama je kalo aku berdua @ bertiga..
da la aku x sehat sgt smlm...
dgn batuk yg x baek2 dan sejukkk sangat kat bilik tu, ditambah lagi dgn hujan yg lebat...
lagi la aku rasa ak x sehat...
dalam ati aku terdetik gak la nk mintak balik awal tp aku takuttt..huhu
last sekali aku tadah je telinga aku..huhu
sesampai je kat bilik, aku rasa macam nak demam lak dgn batuk x henti2...
sabar je kan...
tapi aku tak demam pun. aku kan kuat..haha
aku tak nk layan sgt angin gediks demam nt makin menjadi plak..

tp en zul mmg terbaek la...
ajar ak satu2..
trimas en zul sudi ajar sy yg x pandai ni...

dan sem ni mmg terbaek juga sbb
AKU SEKOLAH DUA ARI JE...
first time dalam idup aku..haha

bubbling : antara wishlist 2011 aku, aku nak p lecture pakai baju kurung...ayu tak aku..hehe
setakat ni semua berjalan lancar lagi la...aku kan sekolah dua ari je.. :P

Tuesday, January 4, 2011

manusia mmg begini kah?

salam semua...

rajin la plak ak update kan...
pagi tadi, petang dan jugakk malamm.heee
tadi aku ada baca satu blog ni..
dia buat entri newton's 3rd law of motion, pastu dia kaitkan dgn islam..
bess la..
aku pun baca entri seterusnya..
dia ada sebut pasal Furqan..
sape furqan ni????

Furkan Dogan (20 Oktober 1991 – 31 Mei 2010) adalah seorang warga negara Amerika dan penduduk tetap Turki yang merupakan orang termuda terbunuh dalam serangan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau seorang pemuda yang baru berusia 19 tahun pada ketika hujan peluru Israel mengakhiri hidupnya di kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010. Furkan Dogan lahir di Troy, New York Amerika Syarikat. Kedua orang tuanya berasal dari Turki kemudian mereka berpindah ke Turki ketika Furkan berusia dua tahun. Ayah beliau, Ahmet Dogan, lulusan dari Rensselaer Polytechnic Institute dengan gelaran MBA dalam bidang perakaunan, adalah pembantu profesor perakaunan di Universiti Erciyes.

Furkan sedang merakamkan serangan Israel ketika seorang komando Israel melepaskan tembakan pertama menghala tepat di wajahnya. Lima tembakan telah dilepaskan kearah Furkan meyebabkan dia mati dengan wajah yang tidak dikenali. Autopsi mendedahkan, Furkan telah ditembak di hidung, punggung, belakang kepala, kaki kiri, dan pergelangan kaki kiri, pada jarak 45 cm.

Mavi Marmara, adalah kapal terbesar dari kumpulan armada antarabangsa yang terdiri dari enam kapal yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza. Bantuan ini membawa makanan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah ke sempadan Gaza sebelum ianya dikepung. Israel telah menyekat Gaza sejak kerajaan Hamas yang dipilih secara demokratik pada tahun 2006 memerintah. Selama lebih dari tiga minggu, bermula pada Disember 2008 dan Januari 2009, Israel telah menyerang Gaza, men ceroboh dan menghancurkan infrastruktur asas dan membunuh lebih daripada 1,400 warga, sebahagian besar daripada mereka wanita dan anak-anak.

Pada hari kejadian, pihak keluarga Furkan telah mengetahui nama-nama dari lapan warga negara Turki yang telah dibunuh di Mavi Marmara tetapi salah satu korban belum dikenalpasti. Ketika ayah Furkan pergi menemui mangsa kejadian setelah di bawa ke Turki, dia tidak tahu bahawa anaknya telah dibunuh. Malahan, disebalik hajat untuk menemui anaknya, dia telah dibawa untuk mengenalpasti mereka yang telah terkorban.

Dalam reaksi segera pembunuhan aktivitis yang berada dalam kapal Mavi Marmara, Viva Palestin telah mengumumkan rancangan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan lain ke Gaza. Viva Palestin, merupakan sebuah badan amal yang berpusat di United Kingdom diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen George Galloway, telah melancarkan konvoi bantuan melalui darat pada awal Mac 2009 tidak lama selepas serangan Israel berakhir. Pada tarikh 18 September 2010 selepas empat misi kemudian, Viva Palestin 5 telah meninggalkan United Kingdom untuk ke Gaza.

Konvoi Viva Palestin 5 tiba di Kayseri pada akhir 29 September dan bermalam di sebuah gunung yang menghadap bandar. Aktivis telah menuju ke Kaseyri dengan tujuan untuk melawat makam Furkan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya. Keesokan paginya rombongan diberitahu bahawa konvoi akan melewati sekolah tinggi dimana Furkan telah menamatkan pengajiannya. Para pelajar dari sekolah tersebut telah bersedia menunggu rombongan tersebut. Seketika, telah ada para pelajar yang beratur dikiri kanan jalan, tidak diketahui telah berapa lama mereka disitu. Masing-masing berwajah sugul, sambil diam menahan sebak namun dengan bangga mengangkat potret Furkan ketika konvoi melintasi mereka.

Hanya kata-kata yang indah terucap ketika para aktivis berada di tanah perkuburan. Kemudian mereka bertemu dengan keluarga Furkan di sebuah pusat komuniti yang baru dibina untuk menghormati dan menghargai Furkan. Datuk dan pakciknya jelas sedang menanggung kesedihan yang amat atas pemergian Furkan, ditambah dengan garis-garis usia yang telah memakan wajah mereka. Tapi kesedihan pakciknya itu jelas. Terbayang keputus-asaan di wajahnya yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Ayah Furkan mengatakan bahawa “Furkan adalah seorang warga negara Amerika sahaja dan dia tidak pernah berfikir bahawa dia akan dibunuh kerana dia adalah seorang warga negara Amerika.” Di dalam kapal, beliau sempat menulis dalam buku hariannya pada tarikh 31 Mei 2010:

“Ini adalah jam terakhir untuk mati syahid, insya Allah aku bertanya-tanya jika ada perkara yang lebih indah .. Perkara yang lebih indah hanya ibuku, tapi aku tidak yakin. Perbandingannya adalah sangat sukar. Kesyahidan atau ibuku. Sekarang dewan kami telah dievakuasi. ”

Sebelum Furkan menyertai misi bantuan, beliau baru saja memperoleh markah yang tinggi pada ujian kemasukan perguruan tinggi Turki. Bermakna dia boleh mendaftar di mana-mana institusi perguruan tinggi yang diminatinya.

“Dia bukan aktivis politik,” kata ayahnya lagi.

“Dia hanya seorang sukarelawan, seorang aktivis kemanusiaan yang ingin membantu orang lain. Dia ingin belajar untuk menjadi seorang doktor, seorang doktor mata. ”
Setiap negara harus bangga memiliki seorang anak muda seperti Furkan. Cerdas dan dewasa melebihi usianya yang sebenar. Furkan juga sudah mengabdikan hidupnya dalam sebuah perjuangan demi keadilan Palestin.

Suntingan oleh Halimah Jaafar, HALUAN Palestin Kelantan

p/s : sedih sgt2 bila bce ksah ni...kejap je kan kite boikot israel kan? dah tiba kot masa utk kita berubah...kalo dulu semangat je aku boikot itu dan ini...tapi kejap je la..masa israel tgh rancak lagi serang palestin...skrg ak bli ikut suke ati je...jom same2 b'tekad utk cuba sedaya upaya boikot israel sbb ni je yg kte mampu buat...

KAKAK PENYAYANG

salam semua...

skrg ak tgh busy carikan universiti yg sesuai utk adik aku...
baek tak aku????
baekkan!!

time aku dulu, xde pun orang yg nak tlg aku...
aku wat sorang2 je...
aku cari banyak2, pastu shortlist kan ikut minat aku...
pastu pendekkan lagi b'dasarkan result aku lak..
pastu, kena tunjuk plak kat abah...
abah akan tnye macam2 la...
dan soklan fevret abah, kalo amik course ni, senang ke nak dapat keje?
hoho..

aku suke dpt tlg adik aku ni...
kalo bkan aku, sape lg yg nak tlg kan...hehe
aku gembira kalo dia mes ak, ceritakan masalah dia...
sbb aka taw dia masih lagi igt aku...
femli masih lagi org penting dalam hidup dia...
aku sangat hargai itu..
aku sayanggg dia sgt2...
aku sayangg femli aku...
dan aku sayang semua orang di sekeliling aku...
aku sayang semua yg sayang aku...
aku sayang jugakk kat orang benci aku sbb dia selalu ingat aku kott..haha
ok..stop melalut..

aku masih lagi mencari...
nak kena siapkan ptg ni gakkk..
malam nt boleh la gtaw...
nak kena topup plak ni..tak pe la demi adikku tersayang!

tarikh tutup permohonan dak2 matrik 15 januari 2011...
alamak, due date nak dekat da...
aku lupe la..banyak lak keje skang ni...
nk kena wat FYP, tgk MUVI, JALAN2 lg, tidoo..

okayyy,
sambung ,mencari..
cahiyokk!

total sume universiti kat malaysia bpe ye???

adikku n umi dan abah..
ni mse daftar kat matrik aritu..

drop your link here :)