semoga anda dan juga saya sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah swt.ameen
betapa berharganya air mata wanita.
"Ketika TUHAN menciptakan wanita,
Malaikat datang dan menyentuh dagunya..
"TUHAN, ciptaan ini kelihatan lemah dan longlai.Seolah-olah terlalu banyak beban terhadapnya.
"Itu bukan lemah atau longlai, itu adalah AIR MATA"
"Untuk apakah airmata itu?" tanya malaikat
AIR MATA adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagiaan.
"ENGKAU menciptakan segala sesuatunya. Wanita ciptaan MU ini akan sungguh menakjubkan!"-(beauty roses.)
subhanallah!
sungguh hebat ciptaan Ilahi.
alhamdullillah, setelah sekian lama aku terlena dalam tidurku, akhirnya aku bangun jua.
aku sangat tersentuh tatkala aku membaca kesungguhan IM Hasan dalam memperhebatkan lagi bidang dakwahnya.
"IM Hassan juga merupakan seorang guru mengaji al-Quran secara part-time di Selayang. Sekitar tahun 2009 pula IM Hassan mula belajar tarannum secara serius dengan seorang ustaz yang merupakan rakan kepada Ustaz Radzi iaitu Ustaz Zul. Masa tu penulis blog amirez.com pun berminat sama nak belajar tapi disebabkan waktu kelas tarannum yang bermula pukul 10 malam hingga 3 pagi, terpaksalah dia lepaskan peluang belajar tarannum atas sebab tugasan kerja masa tu. IM Hassan pula memang gigih dan komited dengan kelas tarannum tu."- (amirez.com)
"Penulis blog Berjalan,Melihat,Mentafsir sgt tersentuh kerana semasa mula-mula IM Hasan menyertai program Imam Muda, ketika semua perhubungan luar diputuskan, IM Hasan sempat juga memboloskan sewarkah surat kepada Penulis blog Berjalan,Melihat,Mentafsir ketika dia dan IM Hasan mula mencari haluan hidup sendiri. lebih terharu, surat itu Penulis blog Berjalan,Melihat,Mentafsirbaca ketika dia terlantar di hospital kerana sedikit keuzuran. Ketika IM Hasan masih di Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan, dia pula cuba mencari angin baru di Pulau Pinang. Surat itu amat menyentuh hati kerana selain mengucapkan hari lahir kepada dia, IM Hasan sempat menitipkan kegusaran yang bersarang di hati, memohon nasihat dan teguran agar dia tidak leka dihanyutkan arus populariti dengan rancangan Imam Muda ini. Penulis blog Berjalan,Melihat,Mentafsir nampak keikhlasan daripada tulisan tersebut kerana IM Hasan sememangnya sangat takutkan sifat riya' , ujub dan takabbur menguasai diri. Bimbang jikalau niat untuk menyertai Imam Muda tersimpang daripada maksud sebenar.- (Berjalan, Melihat, Mentafsir)Kesungguhan beliau telah menginsafkan aku yg lalai selama ini dan air mata keinsafan ini menyedarkan aku bahawa Allah masih menyayangi aku. Maha Suci Allah masih lagi melahirkan rasa keinsafan dalam diri ini. Alhamdulillah, keberkatan ramadhan.
Sekali lagi perasaan ku tersentap ketika membaca balik tentang kematian arwah Din Beramboi suatu ketika dahulu dan kematian arwah rakan penulis blog (Berjalan, Melihat, Mentafsir). Sesungguhnya MATI itu tidak mengenal usia dan tempat dan saat kematian semakin mendekati diri ini.
Ya Allah, sesungguhnya diriku ini sseringkali alpa namun kau sentiasa membuka pintu hati ini.Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
Surat Al-Munafiqun: Ayat 11 (murabbiy.com)
Aku malu Ya Allah.
Janganlah kau serik membawa aku ke jalanMU.
Ampunkan lah aku Ya Allah.
Aku hanya insan hina lagi lemah.
Kau tetapkanlah iman ku.
semoga aku sentiasa dalam rahmatMU.
Ameen.
2 commento:
ameen mah..
moge kite same2 mengingati NYA ;)
;)
Post a Comment