Monday, October 25, 2010

aku insan terpilih


salam pembaca sekalian

alhamdulillah, aku baru je abis presentation mini project river..kepala masih lagi berdenyut sebab tidur sejam lebih je td..memang penatt..terasa seakan-akan baru lepas satu azab..

presentation tadi berjalan dengan lancar..alhamdullillah..overall ok..alhamdullilah..aku bersyukur sangat sbb dapat buat dengan baik tadi..terima kasih tak terhingga kepada ahli grup kerana sama2 menyiapkan tugasan terakhir ni...terima kasih Ya Allah..terima kasih sbb Kau mengilhamkan idea kepada ku yg akhirnya dpt menyiapkan projek ini dengan sempurna..dikala grup lain dipertikaikan dengan jawapan yg diberi, jawapan kami diterima dengan baik..terima kasih Ya Allah krn Engkau masih tidak melupakan insan kerdil ini walaupun aku semakin jauh dariMu...subhanallah

memang tak dinafikan kebelakangan ini, aku sangat2 down..banyak sangat dugaan yang datang..saban malam, aku teresak dgn dugaan ini, merintih kepadaMU..dan Kau datang kepadaku dikala mereka yg lain jauh meninggalkan aku..aku insan terpilih...terima kasih Ya Allah di atas rahmat MU ini..aku rasa hina disisiMu..Kau masih lagi memayungi walaupun aku semakin menjauh..

baru aku sedar mengapa kau datangkan dugaan bertimpa2 kepadaku..Kau mahu aku mendampingMU..memang benar, dikala aku dilanda kebahagiaan, aku jauh meninggalkan Mu..mementingkan dunia berbanding dengan Mu..tapi di saat aku keseorangan, Kau hadir dalam hidupku, memberikan cahaya kepadaku..terima kasih YaAllah kerana sanggup memberikan rahmat kepada hambaMu yg hina ini..Kau bawalah aku ke jalan lurusMu...

cerita kami; kami ada presentation arini, dan pagi tadi sangat kalut sampai terlupa nak bawa kunci bilik..so, masa balik tadi, nasib kami memang tak baik sebab rumet kami xde..dalam keadaan penat2, kawan aku carila kunci spare yg dia simpan kat rak kasut kan, tapi x jumpa..dia inagtkan tercicir kat mana2, so dia pergi la cari kat tempat lain..aku still lagi tunggu kat situ dan belek2 kat rak kasut. memang tak de..terdetik dalam hati aku "Allah nak uji aku ni"..kawan aku yg p cari kunci bilik tu datang dan dia cakap tak de..dalam keadaan pening2 tiba2 aku nampak kunci tu kat tempat yg aku cari tadi..subhanallah..Allah memang akan tolong hamba2 nya yg sabar...memang aku da tengok kat tempat tu sebelum ni tapi xde..subhanallah....terima kasih Ya Allah kerana masih sudi mendengar rintihan dari insan lemah dan hina ini..

p/s ; petang ni kena jumpa supervisor FYP lak..walaupun penat akan kuteruskan hidup ini demiMU Ya Allah...segala yg Kau pinjamkan kepadaku ini, akan aku gunakan sebaiknya..insyaAllah..terima kasih Ya Allah atas dugaan yg maha hebat ini yg akhirnya membawa aku kepadaMU..terima kasih Ya Allah kerana masih sayangkan aku..terima kasih Ya Allah kerana memberi hidayah kepadaku..aku insan terpilih..alhamdulillah

0 commento:

Post a Comment

drop your link here :)